Grab The Promo
Grab The Promo

Luckin Coffee x Butterbear: Siri Minuman Perayaan Paling Comel di Malaysia 2025!

Menjelang musim perayaan hujung tahun ini, Luckin Coffee Malaysia memperkenalkan siri minuman terbaru mereka iaitu Little Butter Series dan Holiday Series , hasil daripada kolaborasi menarik bersama Butterbear, watak comel dan popular dari Thailand.

LUCKIN COFFEE MELANCARKAN SIRI LITTLE BUTTER & HOLIDAY BERSAMA KOLABORASI DENGAN BUTTERBEAR

Kolaborasi ini bukan sekadar membawa minuman baharu, tapi juga menambah pengalaman minum kopi yang lebih istimewa, hangat, dan penuh keceriaan buat para peminat kopi di Malaysia.

Antara minuman istimewa yang boleh dinikmati ialah:
☕ Little Butter Latte
☕ Little Butter Americano
☕ Tiramisu Latte
☕ Toffee Hazelnut Latte
🍫 Joyful Cocoa
☁️ Soufflé Latte

Semua minuman ini akan tersedia sepanjang bulan November dan Disember.

Bukan itu saja, bermula 14 November, Luckin Coffee juga bakal memperkenalkan rangkaian kek dan pastri pertama mereka di cawangan terpilih! Nikmati kopi kegemaran anda bersama hidangan manis yang sempurna untuk musim perayaan ini. 🎄💛

Luckin Coffee x Butterbear: 2 Siri Yang Mencairkan Hati


Diilhamkan daripada semangat Butterbear yang lembut dan penuh kehangatan, siri baharu ini pasti akan mencuri hati para peminat kopi! 🌼

Bermula 7 November 2025, peminat Luckin Coffee boleh mencuba dua minuman istimewa daripada Little Butter Series:

🧈 Little Butter Latte
Minuman paling laris di Singapura pada tahun 2024! Gabungan sempurna antara susu berperisa mentega dan espresso yang kaya menghasilkan rasa yang lembut, berkrim, dan punya aroma kacang yang wangi menjadikan ianya satu kombinasi yang menenangkan dan memanjakan deria. ☕💛

🧈 Little Butter Americano
Untuk penggemar rasa kopi yang lebih kuat, minuman ini menggabungkan espresso pekat dengan susu berperisa mentega. Hasilnya adalah rasa seimbang antara kuat dan lembut, dengan sentuhan hangat yang pasti menenangkan setiap hirupan. 🌤️

Musim perayaan kali ini jadi lebih meriah dengan kemunculan “Holiday Series” daripada Luckin Coffee dengan gabungan rasa manis, mewah dan penuh suasana perayaan! 🎄✨

Berikut antara minuman yang bakal menceriakan hari anda:

🎂 Tiramisu Latte (14 November)
Latte sejuk dengan espresso yang pekat dan susu lembut, ditambah serbuk koko di atasnya. Setiap hirupan memberikan rasa segar dan memuaskan sama seperti pencuci mulut dalam bentuk minuman! 🍫☕

🍯 Toffee Hazelnut Latte (5 Disember)
Perpaduan espresso berperisa karamel toffee dan kehangatan hazelnut panggang menjadikan minuman ini lembut, beraroma kacang dan sangat menyamankan. Sempurna untuk dinikmati di hujung hari yang sibuk. 🌰💛

🍫 Joyful Cocoa (5 Disember)
Koko yang kaya, berkrim dan manis ini sangat sesuai untuk menghangatkan hari anda sambil menikmati suasana perayaan yang penuh keceriaan. 🎁

☁️ Soufflé Latte (29 Disember)
Espresso pekat yang dihiasi dengan krim kastard lembut, memberi pengalaman minum kopi yang halus dan mewah menjadikan anda seolah-olah minum awan dalam cawan! ☕💭

LUCKIN COFFEE MELANCARKAN SIRI LITTLE BUTTER & HOLIDAY BERSAMA KOLABORASI DENGAN BUTTERBEAR

Dan untuk melengkapkan kegembiraan, Luckin Coffee juga memperkenalkan koleksi eksklusif Butterbear!
✨ Pelekat comel (mula 7 November)
✨ Pin enamel eksklusif (mula 14 November)
✨ Cawan seramik & bingkai polaroid (mula 5 Disember)

Koleksi ini boleh didapati bersama setiap pembelian minuman daripada Little Butter Series atau Holiday Series. Sesuai untuk dijadikan koleksi atau hadiah musim perayaan! 🎅💖

LUCKIN COFFEE MELANCARKAN SIRI LITTLE BUTTER & HOLIDAY BERSAMA KOLABORASI DENGAN BUTTERBEAR

Butterbear Mengambil Alih 12 Cawangan Luckin Coffee di Lembah Klang


Sempena kolaborasi istimewa bersama Butterbear, Luckin Coffee membawakan pengalaman yang lebih meriah dengan menghiasi 12 cawangan terpilih di Lembah Klang menjadi lokasi bertema yang sangat comel dan Instagram-worthy! 🧸💙

Setiap cawangan dihiasi dengan dekorasi Butterbear bersaiz besar dan pelbagai paparan eksklusif yang menonjolkan keunikan kolaborasi ini. Peminat boleh datang untuk merasai suasana penuh Butterbear sambil menikmati minuman lazat daripada Little Butter Series dan Holiday Series. ☕✨

Luckin Coffee mengajak semua rakyat Malaysia untuk berkongsi kehangatan dan kemanisan musim perayaan ini  sama ada menikmati kopi untuk diri sendiri, atau berkongsi detik istimewa bersama insan tersayang. 🎁❤️

Jangan lupa muat turun aplikasi Luckin Coffee secara PERCUMA di Apple App Store, Google Play, atau Huawei AppGallery untuk promosi dan ganjaran menarik!

Untuk kemas kini terkini, ikuti Luckin Coffee Malaysia di media sosial rasmi  Facebook, Instagram, TikTok, dan XiaoHongShu. 🌟




0 comments:

Post a Comment

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve